Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN :- 10.12.2011

Hari ini telah berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam( lebih kurang selama 48 minit). Sebelum ni  pada tahun ini berlaku juga  iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.
     Sesiapa yang terlepas peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena kejadian alam ciptaan Yang Maha Esa tersangatlah ruginya. Apabila selepas melihat gerhana ini, kita sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka.

Thursday, December 1, 2011

ThE beSt OnE Of " MeE ReBuS"


7 biji  - bawang merah
5 biji - bawang putih
2 inci - halia
* kisar untuk di jadikan Bahan Tumis
5  sudu besar - serbuk kari daging
* campurkan air supaya jadi Pes 
1/2 kg - daging batang pinang
5 biji - kentang
5 biji - keledek
* direbus dan lenyek
3 sudu besar - taucu (ditumbuk)
5 sudu besar - kacang goreng hancur ( ditumbuk)
1 batang - saderi
3 inci - lengkuas
Cara memasak :-
1. Panaskan periuk dan minyak dengan api yang sederhana. ( api jangan besar..nanti bahan penumis hangus..xsedap)
2. Tumiskan bahan penumis yang dah dikisar..sampai garing dan naik bau harum...nyum..nyum..
3. Masukkan pes kari tadi dan gaul rata perlahan2..dan biarkan hingga 10 minit..dan sampai pecah minyak..
4. Masukkanlah daging batang pinang yang dah siap di potong kiub ( ala ..potong mcm nak masak rendang..)
5. Bila daging dah sebati dengan rempah..masukkan air 2 liter. ( agak2 la air ni..nak kuah banyak mana..ek)
6. Masukkan kentang dan keledek yang dah dilenyek tadi dan taucu.
7. Masukkan hirisan lengkuas
8. Masukkan kacang hancur
9. Batang saderi yang dipotong mcm daun sup
10. Bawang goreng
11. kalau kuah tak cukup pekat dan likat..ambik 1 sudu tepung jagung + air dan masukan dalam kuah tadi..serta merta kuah jadi pekat beb!..
* biarkan mendidih dan mereneh perlahan2 dengan api yang kecik..jangan lupa masukkan garam tau..ajinomoto xyah..xasli derrr.. tunggu hasilnya 10 minit..kuah dah siap untuk dihidangkan...

Bahan-bahan menghidang:-
1. Mee Kuning
2. Taugeh yang dicelur
3. Hirisan lada hijau dan merah untuk hiasan
4. Telur rebus
5. bawang goreng dan daun sup
6. limau kasturi
7. Hirisan Tahu goreng
* Hiaslah mengikut kreativiti dan bakat2 chef yang terpendam tu yer..
Taraaaaa... mee rebus dah siap untuk di makan!








Melayu, Islam & Halloween???

Halloween ([hælə'win], [hælo'win]) adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di negara-negara yang berbahasa Inggeris, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.
Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.
Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara.

Paling menyedihkan sebab ramai selebriti kat Malaysia ni berangan nak moden dan updated sangat..sampai perayaan yahudi pun dah tak kenal. Buang terus halal dan haram sebab nak nampak diri tu pandai bawak diri la bagai..fuh!..sengal kan...diaorang ni tak skolah agama ker..ni mesti selalu ponteng ekkk..
nak tengok perangai busuk diorang ni..hah..klik arrr....http://busuk.org/ping/view/42822