Monday, February 28, 2011

kenapa kerjaya guru makin tercabar??

kalau dibandingkan tugas guru 20tahun lalu..memang setiap masyarakat respect..apatah lagi anak2 murid di sekolah. Gelaran GURU di bawa dari dalam sekolah ke luar sekolah sampailah kawasan kediaman. Lazimnya, kalau di kampung..GURU tu lagilah dipandang tinggi, dihormati. Bila masyarakat hormat, secara automatik, anak2nya pun kagum dan timbul rasa hormat dengan guru.

     hari ini, GURU hanya dihormati hanya jika GURU itu berjantinakan LELAKI. Guru itu sangat di takuti..lebih2 lagi kalau berjalan dalam kawasan sekolah sambil melibas2kan rotannya. ( nasib baik bukan ekornya..heheh tu dh mcm buaya la plak). Suara guru lelaki lebih besar dan keras bunyinya berbanding guru perempuan. Jadi? apa yang berlaku kepada guru perempuan yang majoritinya dalam warga setiap sekolah????
     GURU perempuan, suaranya lembut, langkahnya teratur dek pakaian yang dipakai. Takan nak jalan laju2 mengejar murid masuk kelas. Takkan nak jerit suara sampai terjelir2 lidah dan anak tekak, sebab nak mengatasi suara 38 orang murid. Kalau ader pun cikgu yang buat mcm tu..sah la cikgu tu di label SINGA BETINA.
     Dalam kelas, suara guru perempuan tenggelam kerana muridnya berbual2 tanpa menghiraukan guru di depan. GURU di depan diumpamakan seperti pokok pisang atau seketul batu sahaja. Tak nampak pun dimata mereka..GURU didepan mata. Kehadiran GURU dalam kelas tak diendahkan. Lantas, pembelajaran dan pengajaran terganggu dan tersekat2. Bila tak faham..salahkan cikgu. Bila tak lulus..salahkan cikgu. Bila kelas bising..salahkan cikgu. Macamlah cikgu yang jadi anak murid plak. Habis tu?? apa salah murid..apa tugas murid? Siapa yang salah kalau guru diganggu menjalankan tugasnya.???

Sunday, February 20, 2011

Bercerita tentang jodoh...

     Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
   Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
    Pedulikan dengan soalan orang2 sekeliling yang b'tanya bab jodoh. Sampai masa dan seruNya..kun fayakun..
     Nama pun manusia..nak juga tau..perkara yang kiter cuba selindungkan. Alah..jangan dilayan..dua tiga hari penatlah dia bertanya..just ignore..banyak lagi hal yang lebih penting. Bukan perkahwinan tu tak penting..tapi kalau boleh berkahwin tu nanti tidak lah mendtgkan masalah. Cuba settlekan masalah diri sebelum berkahwin. Kadang2 masalah diri kiter..bile kongsi dgn pasangan nanti..boleh mendatangkan pergaduhan dan tak puas hati. Kan bahaya tu...so..sabo jek la yek...

Siapa Yang Jahat?Lelaki ke Perempuan ek????

Setiap kali kita dengar, lelaki ada hubungan sulit, or flirting, mesti kita akan cakap, all guys are the same. Jahat! Gatal! Tak de hati perut!. Semua la,, saya pun akan cakap benda yang sama. Yela, mesti la kita stand up for girls kan.

Tapi, bila pikir balik betul2, sebenarnya siapa yang lagi kejam, lelaki yang mengatal tu ke, atau perempuan yang dah tau lelaki tu sudah di miliki, sudah mempunyai pasangan, tapi masih tetap mahu melayan?

Hahahaha,, pikir betul2.

Lelaki, memang lumrah nye suka melayan(laki jgn marah ye).. Tapi, bila perempuan nya suka di layan so laki tu melayan la.

So, kesimpulan yang saya dapat, sebenarnya yang kejam itu perempuan, memang lelaki salah jugak sebab melayan, tapi hal cerai berai, rampas merampas ni tak kan jadi, kalau perempuan tu sendiri tak layan hak milik orang. Bagaimana, seorang wanita yang lembut muka nya, yang di ciptakan dengan kasih sayang dalam hati nya, sanggup membina kebahagiaan nya di atas penderitaan orang lain? Kenapa wanita itu sanggup merampas seorang lelaki bergelar ayah dan suami orang? Tidak ada sekelumit rasa kasihan kan pada anak2 wanita yang dianiya itu?

Kerana itu la saya katakan, yang tidak berhati perut itu sebenar Wanita. Kepada wanita2 yang suka mencuri hak orang pula, cuba bayangkan sekiranya ayah anda lari mengikut perempuan lain, dan mengabaikan anda dan mak anda. Suka? Bayangkan keadaan anda sekirannya milik anda yang di rampas. Sakit tak?

Pada laki2 plak, jangan terlalu ikut kan sangat nafsu tu, berfikir menggunakan akal, bukannya berfikir menggunakan nafsu.

Musuh wanita yang utama sebenarnya adalah wanita sendiri, bukan lelaki.

Remember, woman don't steal other woman's man. Only a bitch would do such thing.
Be a Woman NOT a BITCH.


cuba jd yg t'baik..but must be carefull..!
:)

Wednesday, February 9, 2011

Masuk "U" @ Study di "U"

     Hari ni kelas tuisyen geografi tamat kul 6ptg. Sementara nak menunggu kelas sejarah kul 8.30 malam..aku ajak la students g makan malam kat kafeteria dalam 'U' yg berhampiran.

    Kelakar betul!.macam rusa masuk kampung..kesian pun ader. Diaorang macam pelik plak tgk "budak2 U". Nak g amik makanan pun kaku..tengok dulu aku wat apa. Berkobar2 diaorang nak belajar..nak masuk U punyer pasal..hik3...bagus gak ek..jadikan peransang. Study kat U mmg best..kalau dikenang2..boleh t'senyum sorang2..parah!!"

www.bisnestunai.co.cc

Tuesday, February 8, 2011

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan  fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan  merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

Sanggupkah anda??? hehehehhe

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

UMNO perlu insaf dengan bencana banjir di negeri2 selatan Semenanjung‏

         Berikutan banjir teruk di negeri Johor sebaik saja bermula PRK DUN Tenang seharusnya menginsafkan pemimpin-pemimpin UMNO. Pelbagai tohmahan yang dibuat keatas PAS sebaliknya kekuatan UMNO dengan hanya bergantung kepada segala jentera kerajaan bahkan pegawai kerajaan pun menjadi alat menunjukkan pilihanraya dilaksanakan sekadar memenuhi kehendak perlembagaan. 
         Bagaimana proses pilihanraya diadakan langsung tidak mengambil kira di mana disebelah pihak iaitu UMNO yang menguasai kerajaan negeri dan Persekutuan dengan sewenang-wenangnya memperalat jentera kerajaan yang bukan milik UMNO !! Ini  menunjukkan UMNO tidak yakin akan menang jika hanya sekadar berdasarkan dasar dan kekuatan jentera parti itu. Ianya diburukkan lagi dengan sikap SPR yang bertindak seumpama perlawanan bola sepak di mana pengadil membiarkan sebarang kesalahan dilakukan oleh satu-satu pasukan kerana mengharapakan ada habuan jika pasukan itu menang !!

Maka apabila pertandingan berlaku dengan mengenepikan soal keadilan, maka ianya melanggar prinsip Islam. Sekiranya yang melanggar nya itu bukan dari kalangan orang Islam atau peringkat kepimpinan, ianya tidaklah begitu dipeduli. Tapi apabila ianya dilakukan oleh orang-orang yang katanya beragama Islam bahkan pemimpin, tentulah ada kiraan dosa pahalanya. Jadi jika banjir yang teruk sekali melanda Johor, bahkan melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang yang semua negeri-negeri ini sukar ditembusi PAS maka pemimpin UMNO perlu nilai semula gerak kerja mereka ketika pilihan raya apakah tiada dosa yang mereka lakukan ?? Apakah matlamat menghalalkan cara ?? Tak dinafikan negeri diperintah PAS pun banjir tapi banjir di Kedah baru-baru ini hanya melibatkan di sebelah utara Kedah.  Wallahua'lam.

Monday, February 7, 2011

"Sudah Tiba Masanya Anda Miliki Laman Web Anda Sendiri dan Nikmati Keuntungan RM100 - RM500 Sehari Dengan Bisnes Segera!"

Yup! anda bukan tersalah baca. Saya akan berikan laman web ini kepada anda dan semua pesanan yang masuk akan dibayar terus ke akaun bank anda, bukan akaun bank saya. Nikmati Keuntungan 100% Milik Anda.


Hari ini adalah hari bertuah anda. Saya ingin memberikan anda laman web ini yang mana akan menjadi laman web anda sendiri dan akan memberi keuntungan terus ke akaun bank anda.

Tak ada admin, tak ada upline dan tak ada downline, semua pembayaran terus ke akaun bank anda sendiri. Semua keuntungan dari pesanan pelanggan adalah milik anda sepenuhnya.

Jika selama ini anda hanya melihat laman web orang lain dan jumlah pendapatan mereka yang banyak, kini anda juga boleh menjadi salah seorang dari mereka.

Anda tidak perlu memerah otak untuk menulis E-Book, Membina laman web yang rumit, mempelajari bahasa komputer yang sukar dan yang paling penting anda boleh mula dan menjadi seorang usahawan internet dalam masa kurang 24 jam dari sekarang.

Laman web, Produk, Sistem Tempahan dan sebagainya telah siap untuk anda. Yang perlu anda lakukan hanya ubah Nama & No Akaun Bank di bahagian Order Page dan sedia untuk menerima wang tunai dari pelangan.

Penuhkan "Transaction History" akaun bank anda dengan nombor yang boleh di tukar dengan wang tunai di mana - mana Mesin ATM sekarang!

Saya bukan bercakap mengenai sesuatu yang karut atau mereka-reka cerita, tetapi saya bercakap mengenai sesuatu yang benar...http://www.bisnestunai.co.cc/

Mengapa perlu bersedih???peluang dan ruang ader didepan mata..

Saturday, February 5, 2011

SATU-SATUNYA BISNES PREPAID TERPAPAR DI ATM MAYBANK.

MYMODE MENGAMBIL MASA 2 TAHUN UNTUK MENYAKINKAN PIHAK BANK NO.1 DI MALAYSIA UNTUK MELETAKKAN SISTEM MYMODE DI SETIAP MESIN ATM MEREKA SETELAH MELIHAT KEMAMPUAN MYMODE MENTADBIR DAN MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP HARI.  LIHAT GAMBAR MYMODE DI SCREEN INI  http://simurl.com/maybank  JIKA SYKT NO. 1 NEGARA BEGITU GAH MELETAKKAN MYMODE DI ATM MEREKA, MENGAPA TIDAK ANDA MERASA BANGGA MENJALANKAN BISNES INI.
  CUBA KLIK SINI: http://Prepaid4U.Net/?id=online4u

Thursday, February 3, 2011

Aku & mereka

3 Feb 2011 - Akhirnya aku dapat jumpa juga kwn2 masa study di UUM 1998/2002. Kelakar dan sedih pun ader bila borak dan ingatkan citer2 yg lps..mcm2 cite kuar..yang tak ingat pun blh ingat balik. Ramai gak kwn ku yang dah berjaya..dan xmungkin akan dpt berjumpa dn berkumpul..kecuali dgn kuasa Allah. Seronok dpt tgk kwn2..slps dah sekian lama bawa haluan hidup masing2...whateverpun lps ni jangan lost contact plak. Bagusnya ader kemajuan teknologi..xsangka dapat jumpa kwn2. Dapat gak no contact kawan2..manalah tau..bila2 jln2 nnti sepanjang selatan ke utara..ader umur panjang..leh jumpa..insyaallah...