Tuesday, February 8, 2011

UMNO perlu insaf dengan bencana banjir di negeri2 selatan Semenanjung‏

         Berikutan banjir teruk di negeri Johor sebaik saja bermula PRK DUN Tenang seharusnya menginsafkan pemimpin-pemimpin UMNO. Pelbagai tohmahan yang dibuat keatas PAS sebaliknya kekuatan UMNO dengan hanya bergantung kepada segala jentera kerajaan bahkan pegawai kerajaan pun menjadi alat menunjukkan pilihanraya dilaksanakan sekadar memenuhi kehendak perlembagaan. 
         Bagaimana proses pilihanraya diadakan langsung tidak mengambil kira di mana disebelah pihak iaitu UMNO yang menguasai kerajaan negeri dan Persekutuan dengan sewenang-wenangnya memperalat jentera kerajaan yang bukan milik UMNO !! Ini  menunjukkan UMNO tidak yakin akan menang jika hanya sekadar berdasarkan dasar dan kekuatan jentera parti itu. Ianya diburukkan lagi dengan sikap SPR yang bertindak seumpama perlawanan bola sepak di mana pengadil membiarkan sebarang kesalahan dilakukan oleh satu-satu pasukan kerana mengharapakan ada habuan jika pasukan itu menang !!

Maka apabila pertandingan berlaku dengan mengenepikan soal keadilan, maka ianya melanggar prinsip Islam. Sekiranya yang melanggar nya itu bukan dari kalangan orang Islam atau peringkat kepimpinan, ianya tidaklah begitu dipeduli. Tapi apabila ianya dilakukan oleh orang-orang yang katanya beragama Islam bahkan pemimpin, tentulah ada kiraan dosa pahalanya. Jadi jika banjir yang teruk sekali melanda Johor, bahkan melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang yang semua negeri-negeri ini sukar ditembusi PAS maka pemimpin UMNO perlu nilai semula gerak kerja mereka ketika pilihan raya apakah tiada dosa yang mereka lakukan ?? Apakah matlamat menghalalkan cara ?? Tak dinafikan negeri diperintah PAS pun banjir tapi banjir di Kedah baru-baru ini hanya melibatkan di sebelah utara Kedah.  Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment