Monday, February 28, 2011

kenapa kerjaya guru makin tercabar??

kalau dibandingkan tugas guru 20tahun lalu..memang setiap masyarakat respect..apatah lagi anak2 murid di sekolah. Gelaran GURU di bawa dari dalam sekolah ke luar sekolah sampailah kawasan kediaman. Lazimnya, kalau di kampung..GURU tu lagilah dipandang tinggi, dihormati. Bila masyarakat hormat, secara automatik, anak2nya pun kagum dan timbul rasa hormat dengan guru.

     hari ini, GURU hanya dihormati hanya jika GURU itu berjantinakan LELAKI. Guru itu sangat di takuti..lebih2 lagi kalau berjalan dalam kawasan sekolah sambil melibas2kan rotannya. ( nasib baik bukan ekornya..heheh tu dh mcm buaya la plak). Suara guru lelaki lebih besar dan keras bunyinya berbanding guru perempuan. Jadi? apa yang berlaku kepada guru perempuan yang majoritinya dalam warga setiap sekolah????
     GURU perempuan, suaranya lembut, langkahnya teratur dek pakaian yang dipakai. Takan nak jalan laju2 mengejar murid masuk kelas. Takkan nak jerit suara sampai terjelir2 lidah dan anak tekak, sebab nak mengatasi suara 38 orang murid. Kalau ader pun cikgu yang buat mcm tu..sah la cikgu tu di label SINGA BETINA.
     Dalam kelas, suara guru perempuan tenggelam kerana muridnya berbual2 tanpa menghiraukan guru di depan. GURU di depan diumpamakan seperti pokok pisang atau seketul batu sahaja. Tak nampak pun dimata mereka..GURU didepan mata. Kehadiran GURU dalam kelas tak diendahkan. Lantas, pembelajaran dan pengajaran terganggu dan tersekat2. Bila tak faham..salahkan cikgu. Bila tak lulus..salahkan cikgu. Bila kelas bising..salahkan cikgu. Macamlah cikgu yang jadi anak murid plak. Habis tu?? apa salah murid..apa tugas murid? Siapa yang salah kalau guru diganggu menjalankan tugasnya.???

No comments:

Post a Comment